Kanak-kanak pat4h tangan jatuh tingk4t 11

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun patah tang4n kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini, p4da Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.31 malam.

Katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

“Kita dapati seorang kanak-kanak lelaki didapati ters4ngkut di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.

“Anggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami pat4h tangan kiri dengan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dib4wa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, operasi ditamatkan pada jam 8.05 malam.

Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Nina berkata, kanak-kanak itu merupakan penduduk di flat berkenaan.

“Saya bersyukur kerana kanak-kanak berken4an kasih bernyawa dan kami mendoakan dia diberi kesembuhan,” katanya dalam menerusi media sosial.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments