KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan direm4n tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seor4ng lelaki kurang siuman di sebuah masjid, Pulau Melaka pada Ahad.
Perintan reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar terhadap lelaki berusia 32 tahun itu bermul4 pada Isnin sehingga Ahad ini.
Kes tersebut disias4t mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu Sinar Harian melapork4n seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpul4n pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini pada Ahad.
Seorang tenaga pengajar yang engg4n dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berkenaan tel4h bertindak mengamuk dan kemudi4n membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
“Pada masa yang sama, lelaki itu telah bertindak memukul seor4ng tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan, namun semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berken4an, lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedark4n diri.