Mangsa banjir Johor meningk4t semula kep4da 2,757

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini kemb4li meningk4t kepada 2,757 orang daripada 774 keluarga ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Isnin.Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani memberitahu, jumlah berkena4n menunjukkan peningkatan sedikit berbanding 2,593 orang daripada 731 keluarga di 31 PPS pada jam 4 pagi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurus4n Bencana Negeri (JPBN) berkata, daerah terjejas akibat banjir masih lagi melibatkan Mersing; Kluang; Kota Tinggi; Batu Pahat, Segamat dan Tangkak.

“Terbaharu, satu PPS baharu dibuka pada jam 11.30 malam tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia melibatkan 30 mangsa banjir daripada 12 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, Batu Pahat menjadi daerah paling ram4i bilangan mangsa banjir dengan jumlah terkini 946 orang daripada 266 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Kata Azmi, mangsa banjir di Mersing pula kini berjumlah 829 orang daripada 243 keluarga di enam PPS; di Kota Tinggi 453 orang daripada 117 keluarga di sembilan PPS.

“Di Kluang pula mangsa banjir yang tinggal hanya 422 orang daripada 117 keluarga di tiga PPS manakala di Segamat masih lagi menempatkan 92 orang daripada 28 keluarga di empat PPS,” ujar beliau.

Sementara di Tangkak, katanya, masih sama iaitu seram4i 15 orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

 

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan di Mersing, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang masih ditutup disebabkan air naik setinggi 1.0 meter (m).

Jalan Belukar Juling dan Jalan Endau Penyabong yang dinaiki air setinggi 0.4m dan 0.1m katanya, dibuka untuk kenderaan berat sahaja manakala di Kota Tinggi, Jalan Mawai Lama yang dinaiki air setinggi 0.35m dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

“Di Kluang pula, Jalan Kahang Barat sudah dibuka untuk kenderaan berat dan ringan sementara di Kulai, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh,” katanya.

Selain itu ujar beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan di Mersing, Sungai Endau kini mencatatkan bacaan 2.90m melepasi paras bahaya 2.20m manakala di Segam4t, Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada paras amaran dengan bacaan 8.95m.

“Di Batu Pahat yang melibatkan Sungai Bekok dan Sung4i Sembrong juga sudah berada pada paras amaran iaitu masing-masing kini mencecah 18.52m dan 11.05m,” tambahnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments