Seorang pemilik kedai aksesori kereta dikesan membuat laporan palsu deng4n mendakwa kedainya di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian RM600,000, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiada kejadian pecah kedai seperti dilaporkan dan lelaki itu mengaku membuat laporan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklum4t palsu terhadap lelaki itu dan dia akan dipanggil ke mahkamah untuk pertuduhan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat lapor4n palsu bagi kepentingan diri sehingga mengelirukan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

  • SUMBER
  • Astro Awani