Bergaduh rebut kenderaan untuk ditund4, sembilan ditahan

MELAKA – Gara-gara bergaduh kerana berebut kenderaan untuk ditund4, sembilan pekerja trak tunda ditahan dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak Jalan Datuk Haji Mohd Zain di Batu Berendam di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua lelaki berusia 20 hingga 64 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di negeri itu pada Ah4d dan Isnin.

“Pergaduhan berkenaan telah tular di media sosial Facebook dan kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan trak tunda yang berebut pelanggan untuk perkhidmatan menunda kenderaan.

“Susulan kejadian itu, lapan suspek berusia 20 hingga 64 tahun berjaya ditahan di tempat pergaduhan yang berlaku kira-kira 7.30 malam pada Ahad manakala seorang lagi suspek berusia 30 tahun ditahan di tepi Jalan Kota pada 1.45 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemu4 suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam kes gaduh gempar di tempat awam berkenaan dan direman selama dua hari bermula Selasa.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan kesemua suspek boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seorang penganggur ditah4n kerana cuba melarikan sebuah bas sekolah sebelum kenderaan dipandunya itu terbabas di bahu jalan di hadapan sebuah hotel di Taman Malinja di sini kira-kira 5.30 petang Isnin.

“Sebelum kejadian itu, pemilik bas terbabit memarkir kenderaan itu di hadap4n sebuah stesen minyak di Lebuh AMJ Kampung Musai, Bukit Serindit kira-kira 4.30 pet4ng sebelum melihat kenderaan itu bergerak keluar dari parkir berkenaan.

 

 

“Pada mulanya pemilik tersebut menyangka bas berkenaan dibawa adiknya sebelum beliau dimaklumkan anaknya menerusi panggilan telefon bahawa bas itu dilarikan orang,” katanya.

Christopher berkata, pemilik bas tersebut kemudian bertindak mengekori kenderaan yang dilarikan suspek berusia 27 tahun itu sebelum melihat bas itu terbabas di bahu jalan.

Katanya, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah cubaan melarikan kenderaan pada 2013 itu berjaya ditahan pemilik bas sekolah berkenaan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai ‘kurang sihat’ dan bas berkenaan cuba dilarikan untuk dibawa balik ke kampungnya di Kapar, Selangor.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments