Parkir Kereta Di Tengah-Tengah Jal4n, Majlis Bandaraya Kuant4n Ambil Tindakan

tinggal di kawasan perumahan atas tanah memang memberikan banyak ‘kelebihan’ kepada penduduknya. Bagaimanapun ada segelintir pihak menyalahgunakan ‘kelebihan’ itu untuk kepentingan peribadi.]

Tinggal di kawasan perumahan atas tanah memang memberikan banyak ‘kelebihan’ kepada penduduknya. Bagaimanapun ada segelintir pihak menyalahgunakan ‘kelebihan’ itu untuk kepentingan peribadi.

Baru-baru ini Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menemui sebuah bangsal yang dibina di tengah-tengah jalan kawasan perumahan bagi tujuan parkir di Seri Mahkota.

Bangsal yang boleh memuatkan sebuah kenderaan itu beratap4an zink dan mempunyai roda pada tiang, dipercayai membolehkan bangsal tersebut dipindahkan ke tempat lain.

Di sekeliling binaan yang tidak sah itu turut mempunyai beberap4 kon dan kotak-kotak buruk dipercayai sebagai ‘tanda’ orang lain tidak boleh parkir di hadapan atau belakang van terbabit.

Perkongsian hantaran Facebook itu mengundang pelbagai persepsi netizen. Ramai yang meminta MBK untuk terus merobohkan bangsal parkir itu kerana terang-terang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun ada yang mendakwa bangsal itu sudah ada l4ma di situ. Hanya bahagian kanan jalan tersebut baru saja ditambah.

Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
Sumber Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan

Dalam pada itu orang ramai turut meminta MBK untuk selalu membuat rondaan di kawas4n-kawasan perumahan lain kerana didapati banyak kesalahan yang dilakuk4n oleh segelintir penduduk sehingga timbul rasa kurang senang orang ramai.

Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, notis pengalihan telah dikeluarkan. Jika pemilik bangs4l itu gagal mematuhi notis, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments