Letupan di masjid: Angk4 korban meningk4t 63 orang

ISLAMABAD – Angka kematian akibat letupan bunuh diri yang memusnahkan sebu4h masjid pada petang Isnin di Peshawar meningkat kepada 63 mangsa, lapor Xinhua.

Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim berkat4, angka kematian meningkat selepas beberapa orang meninggal dunia akibat cedera parah dan beberapa lagi mayat ditemukan dalam runtuhan itu.

Sekurang-kurangnya 157 mangsa masih menerima rawatan di hospital, manakala 15 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Mangsa termasuk tiga pegawai polis, orang awam, seorang imam dan seor4ng wanita yang tinggal di sebuah rumah berhampiran masjid.

Pegawai polis ibu kota Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP), Muhammad Ijaz Khan memberitahu Xinhua bahawa kira-kira 300 jemaah sedang bersolat di masjid itu ketika letupan berlaku.

Beliau berkata, letupan kuat itu merosakkan sebahagian bangunan masjid, manakala ramai jemaah terperangkap dalam runtuhan.

Masjid berkenaan terletak di kawasan paling sensitif di Peshaw4r dengan sejumlah besar agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Frontier Corps, jabatan memerangi keganasan terletak, menurut laporan tempatan.

Sumber rasmi daripada polis Peshawar memberitahu Xinhua bahawa sasaran pengebom bunuh diri merupakan anggota polis, sambil menambah bahawa penyerang berjaya menyelinap ke kawasan itu sebelum bertindak meletupkan dirinya di dalam masjid.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments