Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta M4yat’ Sah4ja Di China

Umum semua mengetahui bahawa model Toyota Alphard merupakan satu simbol atau status ‘kebanggaan’ sesetengah individu di Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa yang memandu atau menaiki MPV ini boleh mendapat ‘layanan istimewa’ di mana-mana sahaja.

Mengikut hasil carian The Vocket, gambar ini mula tular pada hari Sabtu lalu setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dari negara China. Ramai netizen memberikan reaksi terkejut melihat ‘kemewahan’ kereta mayat ini.

Dari beberapa keping gambar yang dikongsikan, kita dapat lihat saiz kereta Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, mempunyai dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat orang penumpang) dan satu ruangan panjang yang memuatkan sebuah keranda.

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-7
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-8
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-6
Sumber Gambar: Creative311

Kereta mayat mewah ini bukan saja ada di negara China, bahkan terdapat sebuah syarikat modifikasi kenderaan dari Jepun yang menghasilkan MPV seperti ini.

T.R.G merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengubah pelbagai jenis MPV menjadi sebuah limosin dan juga kereta mayat.

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-9
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-10
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-11
Sumber Gambar: Creative311

Menurut portal Creative311.com, Toyota Alphard ini dikenali sebagai ‘Michibiki Series Emu’ dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama seperti kereta mayat mewah yang digunakan di China.

Ramai netizen Malaysia yang seakan-akan tidak percaya apabila melihat kereta MPV mewah daripada Toyata ini digunakan sebagai kereta mayat sahaja di luar negara.

 

 

 

 

 

Menurut syarikat T.R.G, mereka telah beroperasi sejak tahun 1965 bagi memenuhi kehend4k pelanggan dengan menyediakan kereta mayat mewah yang berkualiti menggunak4n teknologi terkini.

Nampaknya MPV keluaran Toyota yang menjadi simbol atau status ‘kebanggaan’ sebahagian orang Malaysia hanyalah sebuah kereta untuk membawa mayat di negara-negara lain.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments