Paling Popular 50 Tahun Lalu, Ini Seb4b Lato-Lato Diharamk4n Di Amerika Syarikat

Siapa sangkat permainan kanak-kanak yang sangat popular sekitar tahun 190an dan 1970an di Amerika Syarikat akan kembali jadi fenomena di tahun 2023.

Permainan ini kembali popular di Indonesia dengan nama ‘lato-lato’. Boleh dikatakan hampir setiap kanak-kanak (dan sesetengah orang dewasa) mempunyai alat permainan ini hinggakan mereka anjurkan pertandingan untuk mencari pemain lato-lato paling handal.

 

Jika anda buka aplikasi TikTok, pasti ada sahaja video kanak-kanak di negara seberang bermain permainan ini. Menurut laman Kompas, Lato-lato berasal dari bahasa suku Bugis. Lato-lato berasal daripada kata kajao-kajao, artinya nenek-nenek. Kata tersebut akhirnya berubah pengucapan menjadi kato-kato dan kemudian lato-lato.

‘Clackers’ yang diharamkan di Amerika Syarikat (AS)

Di AS, permainan ini dinamakan clackers kerana bunyi yang dikeluark4nnya. Ketika ia popular pada tahun 1970an, clackers dibuat daripada dua bebola kaca atau plastik mudah pecah. Apabila dimainkan secara agresif dan laju, clackers ini boleh pecah dan menyebabkan kecederaan kepada pemain dan sesiapa di sekeliling.

Justeru itu, permainan ini diharamkan di Amerika Syarikat selepas mengambil kira kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Lato-lato turut diharamkan di England dan Mesir

Bukan sahaja Amerika Syarikat, England dan Mesir turut mengharamkan permainan ini negara mereka. Di England, lato-lato dikategorikan sebagai senjata walaupun ia adalah satu permainan kerana sifatnya yang boleh mencederakanya.

Di Mesir pula, sebab ia diharamkan sedikit unik. Lato-lato dikenali sebagai ‘Sisi’s Ball’, merujuk kepada Presiden Mesir, Abdul Fatah Al Sisi. Ia diharamkan pada tahun 2017 kerana dianggap menghina sang presiden.

Baik buruk lato-lato kepada anak-anak

Seperti juga apa-apa permainan yang tular, ada baik buruknya sesuatu permain4n itu apabila ia tular. Bagi penduduk di Indoensia, ia adalah salah satu cara untuk kurangkan kebergantungan anak-anak kepada gajet dan mengajar mereka untuk bergaul dengan lebih baik dengan orang di sekeliling.

Namun ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan. Di Indonesia, sudah ramai kanak-kanak yang dimasukkan ke klinik dan hospital kerana cedera lato-lato ‘hinggap’ di dahi atau mata, memecahkan harta benda apabila ia terputus dan pencemaran bunyi kerana bunyinya yang kuat apabila bertembung.

Demam lato-lato ini sudah pun ‘merebak’ di negara kita dan dijual di pasar mal4m, bazar carboot dan secara dalam talian. Tidak salah untuk membelinya buat anak-anak tetapi seeloknya pantau mereka ketika bermain supaya mereka tidak cedera atau mencederakan orang lain.

SUMBER Groovy History

About Mat Lan Editor

Check Also

dj-era-terkejut-dapat-panggilan-dari-wanita-kongsi-pengalaman-bangga-rampas-suami-orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang. Apabila bercakap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments