PELANTIKAN Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diket4hui umum pada Ahad menimbulkan polemik baharu dalam pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Anwar.
Ini kerana pelantikan Nurul Izzah dilihat tidak berap4 kena dengan imej cuba ditonjolk4n Anwar dalam pentadbirannya yang begitu lantang menentang amal4n seperti rasuah dan salah guna kuasa serta mementingkan ketelusan.
Turut menimbulkan persoalan apabila lantikan yang berku4t kuasa 3 Januari lalu itu tidak diumumkan secara formal dan terbuka kepada masyarakat umum, tidak seperti lantikan beberapa pegawainya sebelum ini.
Ia sebaliknya hanya diketahui umum melalui temu bu4l dilakukan Nurul Izzah bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.
Menyentuh mengenai isu salah tadbir urus, dua elemen sering dikaitkan dengan gejala tersebut adal4h amalan kronisme dan nepotisme.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, nepotisme bermaksud perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kaw4n-kawan sendiri.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkataan tersebut, kamus dalam talian Cambridge Dictionary memberikan maksud nepotisme sebagai tindakan menggunakan kuasa atau penga4ruh untuk mendapatkan pekerjaan atau menyediakan kelebihan untuk ahli keluarga sendiri.
Mengulas mengenai perkara tersebut pada Ahad, Anwar menjelaskan bahawa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan itu dilakukan tanpa sebarang elaun.
Mengenai isu tahap kelayakannya pula, beliau berkata, Nurul Izzah memiliki kelulusan dalam bidang dasar awam berkaitan politik, ekonomi dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat selain memiliki ijazah pertama dalam kejuruteraan.
Untuk rekod, selain pernah menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nurul Izzah juga terlibat dalam kajian mengenai isu kemiskinan di peringkat kawasan Parlimennya dan pemerkas4an Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Anwar diyakini mempunyai sebab tersendiri dengan pelantikan berkenaan.
Bagaimanapun Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau perlu mendapatkan maklum balas daripada Anwar sendiri berkaitan pelantikan tersebut sebelum boleh untuk mengul4s lanjut.
Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim pula menyifatkan bahawa walaupun pelantikan Nurul Izzah itu sah di sisi undang-und4ng, ia adalah tindakan salah jika dinilai secara moral.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu wajar ditarik semula kerana ia dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat.
Jelasnya, meskipun khidmat yang bakal diberikan adalah berbentuk pro bono atau t4npa bayaran, namun ia bukan alasan untuk menghalalkan amalan nepotisme dalam kepimpinan.
Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pelantikan Nurul Izzah ke jawatan tersebut disifatkan sebagai tidak wajar kerana ia memb4wa kepada isu berkaitan konflik kepentingan.
Mengambil contoh kepimpinan di negara jiran, beliau berkata, jawatan penasihat kanan ekonomi seharusnya diberikan kepada individu yang tidak memiliki sebarang ikatan kekeluargaan.
Tambahnya, jawatan penasihat kanan itu sebenarnya boleh diberikan kep4da Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jelas Syahir, perkara tersebut adalah lebih baik memandangkan Anwar kini merupakan antara pemegang taruh kepada nilai integriti dalam pentadbiran kerajaan.
Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoalkan sama ada pelantikan ahli keluarga pemimpin negara ke sesuatu jaw4tan bakal menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan ketika ini.