Pendaki wanita sesat ditemui selamat selepas dua hari hilang

AMPANG – Pendaki wanita yang dilapork4n sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keada4n selamat

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, S Sangeta, 26, ditemui jam 11 pagi, Selasa selepas dua hari dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam kawasan gaung p4da kedalaman 30 meter selepas terjatuh dari puncak bukit.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar namun mengal4mi kecederaan akibat terjatuh dalam kawasan gaung.

“Anggota dalam usaha membawa mangsa naik ke tempat selam4t,” katanya pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki bersendirian di Bukit Tabur pada Ahad.]

Mangsa dikatakan naik ke Bukit Tabur dari Tabur East jam 7 pagi sebelum menghubungi adiknya memaklumkan telah tersesat di suatu kawasan di Bukit Tabur empat jam kemudian.

Norazam berkata, seramai 55 orang pegawai terdiri dari pasukan Multi Skill Team (MUST) JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Hut4n dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dibantu dua anjing pengesan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments