1,907 nask4h al-Quran tiada kelulus4n KDN dirampas

BUTTERWORTH – Sebuah rumah pangsa di Taman Alma, Bukit Mertajam di sini disewa untuk menyembunyikan naskah al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesen4n Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Helah itu bagaimanapun terbongkar apabila rumah itu diserbu Bahagian Penguatkuas4an dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN, 9 Januari lalu.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, serbuan Ops Mulia itu dibuat hasil risikan dijalankan sejak Oktober tahun lalu sebelum berjaya menemukan 1,907 naskah al-Quran dan 2,060 bahan al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan KDN.

Menurutnya, kesemua naskah dan bahan al-Quran itu dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum dijual menerusi platform dalam talian, infak dan diedarkan di seluruh negara.

“Hasil siasatan dijalankan, kita dapati premis berkena4n disewa sejak tahun lalu dan kesemua naskah serta bahan al-Quran itu diedar serta dijual sebagai sumber pendapatan utama mereka.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai penjaga premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kita masih lagi memburu beberapa lagi pihak yang terlibat dengan aktiviti ini,” katanya p4da sidang akhbar di Pejabat KDN Pulau Pinang, di sini pada Rabu.

Nik Yusaimi berkata, al-Quran yang dirampas itu dibimbangi mengandungi kandungan yang menyalahi sama ada dari segi ayat, baris dan boleh menyebabkan umat Islam salah membaca serta lari maksud.

“Kandungan naskah al-Quran yang dirampas ini turut dieja dalam tulisan Rumi sedangk4n Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci al-Quran dalam tulisan itu.

“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mendapati al-Quran yang dirampas itu tidak mengikut resam Uthmani yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia,” katanyaSementara itu, mengulas mengenai Ops Mulia yang dilaksankan di Pulau Pinang dan Selangor awal tahun ini, Nik Yusaimi berkata, jumlah keseluruhan rampasan RM160,000 melibatkan naskah dan bahan Al-Quran yang melibatkan kesalahan Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Jelasnya, Ops Mulia yang dijalankan bagi membanteras pengedar4n dan penjualan al-Quran dan bahan al-Quran yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang menyalahi Akta Pencetakan

Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986.

“Sehingga kini terdapat 912 jenis terbitan al-Quran yang telah diluluskan KDN sebag4i pilihan sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar di kalangan masyarakat.

“Jadi kita menyeru masyarakat agar tidak memilih naskhah al-Quran yang tiada kelulusan deng4n menyemak perakuan dan hologram KDN pada naskah Al-Qur’an terlibat,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments