Bakar al-Quran: OIC tuntut ‘tind4k balas teg4s’

ISTANBUL – Pertubuhan Kerjas4ma Islam (OIC) pada Selasa menuntut “tindak balas yang tegas” terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhad4p penodaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

Mereka membincangkan kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh OIC terhadap pelaku serang4n Islamofobia itu, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha “mengul4ngi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan bahawa tindakan berkenaan adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka,” menurut kenyataan itu.

Setiausaha Agung itu menambah, bahawa tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tindakan demikian merupakan penghinaan langsung kepada keseluruh4n 1.6 bilion penduduk Islam, justeru Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan.

Minggu lalu, pelampau Denmark-Sweden Rasmus Paludan dan Edwin Wagensveld, ahli politik Belanda dan ketua kumpulan Islamofobia Pegida, secara berasingan bertindak membakar kitab suci Islam di Sweden, Belanda dan Denmark. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

padah-pengaruh-tv,-adik-baling-gunting-hingga-tercacak-atas-kepala-kakak

Padah pengaruh TV, adik baling gunting hingga tercacak atas kepala kakak

Gara-gara terpengaruh dengan watak ganas di televisyen, seorang budak lelaki di Thailand baru-baru ini melakukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments