Lima sekeluarga ditah4n bersama sy4bu RM1.5 juta

KEPALA BATAS -Lima sekeluarga antara tujuh lelaki tempat4n ditahan dalam dua serbuan berasingan bersama 41.81 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.51 jut4 di sini antara 28 hingga 29 Januari lalu.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 26 hingga 54 tahun itu ditahan dalam operasi terancang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Menurutnya, serbuan pertama dibuat di sebuah rumah di Pokok Sena, di sini pada jam 8.45 malam, 28 Januari selepas memperoleh maklumat.

“Dalam serbuan itu, kita menahan lima lelaki berusia lingkungan 26 hingga 54 tahun yang merupakan pakcik dan anak saudara.

“Kita merampas 11 bungkus plastik berwarna hijau bertulis Guanginwang Refined Chinese Tea dan dua paket plastik lut sinar mengandungi syabu seberat 11.45 kg bernilai RM412,112,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, dua daripada suspek bekerja sebagai mekanik dan pemandu lori manakala tiga lagi menganggur.

“Susulan serbuan pertama itu, kita menyerbu sebuah kiosk di Pusat Bandar Bertam dan menahan dua lagi suspek iaitu penganggur dan peniaga berusia 41 dan 46 tahun pada jam 8 pagi, 29 Januari lalu.

“Kita menjumpai 30 bungkus plastik juga bertulis Guanginwang Refined Chinese Tea mengandungi 30.4 kg syabu bernilai RM1.1 juta di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments