AKTIVITI bergotong-royong atau rewang ketika majlis kenduri sudah menjadi lumrah bagi mengerat hubungan sesama masyarakat, namun akhir-akhir ini, aktiviti itu seperti kian malap ditelan arus zaman.
Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan, ada empat atau lima kali Merak Jalan4n diundang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung di Selangor, tetapi suasananya biasa sahaja kerana semuanya menggunakan khidmat orang luar atau katering.
Jika ikut kebiasaan, zaman kecil Merak Jalanan dulu kenduri kahwin ibarat pesta apabila saudara-mara, sahabat handai serta penduduk kampung berkumpul untuk rewang bersama bagi menyiapkan juadah.
Ketika itu keadaan memang riuh dengan gelak tawa. Waktu malam bagaikan siang dek ramai dan riuh-rendahnya tetamu.
Mereka yang datang buat macam-macam kerja. Ada yang basuh pingg4n mangkuk dan memasak. Paling unik buat kuih tradisi sepanjang malam.
Masuk tahun 2023, Merak Jalanan dapat rasakan tradisi rewang ini semakin malap. Apat4h lagi, budaya mengambil tempahan katering ini semakin popular.
Mungkin ia lebih senang dan jimat masa. Hanya bayar dan segalanya tersedia, tidak kisahlah walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi.
Bagi Merak Jalanan, malapnya tradisi rewang ini seolah-olah satu pet4nda yang masyarakat kita sem4kin kurang peduli antara satu sama lain.