har4p lebih bany4k stadium canggih dibina – TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapk4n agar lebih banyak stadium canggih dapat dibina di negara ini.

Menurut Tunku Ismail, beliau melihat ia akan menjadi satu kebangaan untuk negara dalam industri bola sepak sekiranya lebih banyak stadium canggih dibangunkan.

Tunku Ismail yang sebelum ini mempertikaikan kos pembinaan stadium bah4ru Shah Alam turut mendoakan agar stadium itu siap dibina dan menjadi satu kenyataan.

“Walaubagaimanapun, saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu bakal menjadi kenyataan di mana perkara itu boleh dibanggakan rakyat Selangor.

“Kami di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim pun tak sabar untuk ber4ksi di stadium tersebut. Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan menjadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak,” kat4nya dalam Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, beliau menyifatkan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam yang menelan belanja RM787 juta sebagai tidak masuk akal.

Beliau turut membuat perbandingan antara Stadium Shah Alam dan kos pembinaan Singapore Sport Hub yang jauh lebih tinggi walaupun dibina di atas tanah dengan kapasiti yang lebih kecil.

Tunku Ismail berkata, kos pembinaan Singapore Sport Hub melibatkan kos SGD1.3 billion (RM4.2 billion), SGD68 juta (RM219 juta) bagi kos penyelenggaraan setahun dan dianggarkan sekitar SGD2.3 billion (RM7.4 billion) untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta (PPP) pada ogos 2022.

 

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan maintenance setinggi itu, bagaim4na stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.

“Ini adalah kos Singapore Sport Hub untuk saiz 35 hektar bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar.

“Kalau SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) terkial-kial nak maintain (selenggara), apatah lagi kerajaan negeri.

“Dengan nama ALLAH SWT, saya tak cemburu. Saya hanya mushkil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumk4n sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam.

Konsep Stadium baharu Shah Alam itu diperkenalkan kepada umum yang di4ngka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.

Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, ‘ETFE ceramic coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi ‘retractable pitch’ iaitu bertukar darip4da mod sukan kepada acara dalaman.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments