Pemandu Grab Ded4h Peroleh Pendapatan RM19,450 Dal4m Masa Seminggu

Seorang pemandu Grab baru-baru ini berkongsi satu tangkap layar pendapat4nnya di Singapura berjumlah S$6,020.20 (RM19,450) di antara 9 Jan hingga 15 Jan

Seorang pemandu Grab baru-baru ini berkongsi satu tangkap layar pendapatannya di Singapura berjumlah S$6,020.20 (RM19,450) di antara 9 Jan hingga 15 Jan.

Bagaimanapun, hantaran terbabit yang mungkin ni4tnya adalah untuk mencetuskan kekaguman di antara netizen, telah bertukar dengan sebahagian netizen meluahkan rasa bimbang mereka.

Hantaran itu dikongikan oleh sebuah halaman Facebook dengan n4ma Beh Ciao Lor – Singapore Road pada Jumaat yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurut gambar tersebut, pendapatan kasar pemandu Grab adalah sekitar S$5,227.82 (RM16,892) selepas ditolak komisen S$792.38 (RM2560.46) dan 8% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pada masa yang sama, jumlah pendapatan juga termasuk deng4n tip S$2 (RM6.46) dan insentif bernilai S$2,080.70 (RM6,723) dalam tempoh yang sama.

Ini bermakna pemandu membuat sejuml4h S$3,147.12 (RM10,169.48) dengan memandu Grab sahaja dalam masa seminggu.

Secara purata, dia memperoleh S$499.50 (RM1,614) sehari, deng4n andaian dia bekerja sepanjang tujuh hari.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut seperti kos sewa kenderaan, bayaran petrol, kos letak kereta, dan cara pemandu berjaya mengaut wang itu didedahkan.

Di bahagian komen, kebanyakan netizen meluahk4n rasa kur4ng senang mereka terhadap pemandu tersebut yang berkongsi tangkap layar pendapatannya.

“Pemandu yang bijak tidak pernah mendedahkan pendapatan mereka. Ini akan menjejaskan penawaran dan permintaan masa hadapan,” kata salah seorang netizen.

Sebahagian pula menyatakan kebimbangannya terhadap keselematan pemandu dan penumpang kerana dia bekerja berjam-jam untuk mencapai tahap pendapatan tersebut.

“Bahaya untuk memandu berjam-jam tanpa rehat, ia membahayak4n penumpang. Jangka panjang nanti akan membahayakan kesihatan juga.”

Seorang netizen mendakwa bahawa adalah mustahil untuk mencapai angka sedemikian, sambil menambah bahawa dia memandu lapan jam selama tiga hari berturut-turut tetapi tidak dapat memperoleh separuh daripada pendapatan pemandu.

Seorang lagi menuntut butiran lanjut tentang perbelanjaan pemandu dan waktu bekerja.

Manakala sebahagian pula meminta netizen tidak meng4nggu pemandu tersebut kerana dia hanya mencari rezeki yang jujur untuk dirinya sendiri.

sumber : vocket

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments