SHAH ALAM – Lebih banyak perniagaan francais makanan dan minuman menawark4n Menu Rahmah sejak ia diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan bermula Selasa lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui ciapannya di Twitter menyatakan kesyukuran apabila mendapati beberapa restor4n terkemuka turut menyambut baik inisiatif berkenaan.
“Alhamdulillah, lebih banyak restoran dan francais yang menyambut baik inisiatif Rahmah,” katanya pada Jumaat.
Antara restoran yang mula memperkenalkan Menu Rahm4h seperti yang disebut dalam Twitter Salahuddin termasuk pembekal makanan dan minuman terkemuka, Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime) dan Restoran Mios Kitchen.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 15,000 restoran menawark4n Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan golongan berpendapatan rendah (B40) bermula 31 Januari lalu.
Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan bertujuan memastikan khususnya golongan B40 mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.