Sewa tanah pertani4n di Cameron Highlands n4ik 500 peratus

KUANTAN – Tindakan kerajaan Pahang yang menawarkan sewaan tan4h dengan kadar kenaikan hampir 500 peratus antara faktor pekebun di Cameron Highlands tidak mahu melabur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang menjelaskan, kadar sewaan tanah diberikan kepada pekebun di kawasan terbabit bagi menggantikan Lesen Pendudukan Sement4ra (TOL) pada tahun 2020.

Menurutnya, kadar sewaan dikatakan meningkat secara mendadak iaitu dari kira-kira RM800 bagi 0.4 hektar setahun (kadar TOL) hingga RM4,500 pada keluasan sama.

“Dengan kata lain, kadar kenaikan adal4h hampir 500 peratus dan amat membebankan para pekebun, selain tempoh sewaan lima tahun yang ditawarkan juga amat singkat.

“Situasi ini tidak dapat memberi keyakinan kepada para pekebun untuk melaburk4n masa, tenaga, dan duit yang mencukupi untuk meningkatkan atau memodenkan kaedah pertanian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, beliau bersama Ahli Parlimen dan ADUN daripada Pakat4n Harapan (PH)- DAP telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin di Putrajaya.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments