GUA MUSANG – Seramai 150 penduduk Desa Seri Mutiara dari Rancangan Kemaju4n Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini terpaksa menad4h air hujan selain menggunakan air bukit yang ditandak berikutan tidak dapat menikmati bekalan air bersih sejak dua tahun lepas.
Penduduk mendakwa meskipun dipasang meter dan dilengkapi sistem perpaipan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), namun mereka tetap perlu membayar bil air berkenaan walaupun tidak menggunakan air bersih daripada syarikat berkenaan.
Penduduk, Mohd Noor Fazley Hussein, 32, berkata, mereka bukan sahaja dikenakan caj oleh AKSB, malah turut membuat bayaran tabung setiap bulan kepada bendahari di kampung tersebut bagi tujuan penyelenggaraan air tandak.

“Sebelum ini kami dapat menggunakan air bersih darip4da AKSB tetapi sejak dua tahun lalu air paip mula tiada dan kami terpaksa menggunakan air tandak.
“Malah, kami juga terpaksa berjalan sejauh empat kilometer (km) untuk ke kawasan sungai sekiranya paip air tandak terbabit tersumbat atau mengalami kebocoran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Desa Seri Mutiara, RKT Renok Baru di sini pada Jumaat.
Bagi Rahmah Abdul Rahman, 68, pula berkata, keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan berlaku kerana air tandak menjadi keruh dan ada kalanya paip air tandak tersumbat dengan lumpur.
“Berasa sangat sedih apabila anak-anak yang pulang ke kampung terpaksa bawa semula pakaian kotor mereka untuk dibasuh di rumah mereka kerana air di sini keruh dan terpaksa menunggu air tandak kembali jernih untuk dicuci,” katanya.
Sementara itu, AKSB menerusi kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, siasatan yang dijalankan mendapati beberapa punca berlaku seperti kedudukan kawasan yang hujung dengan paip agihan, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengusik, mengganggu atau mengubah kawalan injap di beberapa kawasan sehingga air tidak mengalir ke kawasan berbukit termasuk rumah pengadu.