YaPEIM salur4n terbaik berinf4k

PETALING JAYA – Yayasan Pembangun4n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyediakan saluran terbaik untuk orang ramai bersedekah melalui Skim Infak Gaji (SIG) yang dilancarkan sejak 1985.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang @ Musran Tawil berkata, SIG melalui kaedah potongan gaji itu diperkenalkan kerana dilihat mempunyai ruang dan peluang yang besar kepada masyarak4t melakuk4n amal jariah.

Menurutnya, ia ditubuhkan kerana mekanisme sedekah yang dibangunkan sebelum ini dilakukan dengan cara tidak tersusun khususnya melalui tabung-tabung derma yang diedarkan.

“Namun, dengan sistem yang lebih tersusun, YaPEIM memperkenalkan kaedah SIG melalui potongan gaji bulanan dan masyarakat dapat bersedekah dengan konsisten,” kat4nya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Awang memaklumkan, objektif dan matlamat utama SIG diperkenalk4n adalah sebagai saluran utama untuk mengumpul sumbangan amal jariah daripada masyarakat secara terancang.

Selain itu, jelasnya, SIG juga menjadi saluran untuk kakitangan bergaji tetap di sektor aw4m dan swasta memberi sumbangan untuk program amal jariah melalui YaPEIM.

“Akhir sekali, YaPEIM dapat merancang program yang berpanjangan dalam aspek pembangunan sosioekonomi dengan dana yang diterima secara konsisten,” ujarnya.

Awang memberitahu, antara kelebihan bersedekah melalui SIG adalah ia memudahkan pekerja kerana ia dilakukan secara arahan potongan gaji.

 

Katanya, setiap sumbann yang diberikan adalah tidak terhad kepada hanya satu program, malah infak itu diagihkan kepada pelbagai program kebajikan anjuran YaPEIM.

“Sepertimana yang kita ketahui, YaPEIM mempunyai program-program kebajikan, amal jariah dan pembangunan sosioekonomi yang terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan sasar.

“Sebagai contoh, setiap RM10 sumbangan dapat diagihkan kepada Progr4m Sinar Kasih, Foodbank, Inspirasi Qaseh, Inspirasi Prihatin serta boleh dipecahkan kepada penerima manfaat yang berlainan,” ujarnya.

Tambahnya, sejak awal pelancaran, seramai 450,000 penyumbang telah berdaftar dan sebanyak 250,000 penyumbang aktif yang menggunakan khidmat SIG di seluruh negara.

“Penyumbang SIG terdiri daripada pekerja di sektor awam, swasta iaitu badan korporat dan majikan-majikan kecil yang menyokong program-program kebajikan dan amal jariah yang dilaksanakan YaPEIM,” ujarnya.

Jelasnya, sehingga kini, dana Tabung Amanah melalui SIG telah mencecah hampir RM900 juta dan berjaya menyantuni seramai 6.5 juta kumpulan sasar seluruh negara.

Katanya, bagi 2023 pula, YaPEIM menyasarkan sumbangan Tabung Amanah YaPEIM mencecah RM45 juta dari pelbagai skim yang diperkenalkan.

“Kami telah mengagihkan sumbangan melalui progr4m yang dianjurkan berasaskan polisi amal jariah YaPEIM kepada pelbagai kelompok masyarakat yang memerlukan, antaranya asnaf, B40, usahawan dan pelbagai pihak yang wajar,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments