KIGALI – Seramai 11 orang maut dan 36 lagi cedera dalam kejadi4n kemudahan pengeringan jagung runtuh di daerah Gasabo di Kigali, ibu negara Rwanda pada Jumaat, kata seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.
“Kemalangan berlaku kira-kira 8.30 pagi. Kemudahan pengering4n itu runtuh ketika mangsa sedang memeriksa bijirin mereka,” kata setiausaha eksekutif sektor Rusororo, Desire Nsabimana kepada pemberita.
Polis berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kemudahan pengeringan itu milik koperasi petani.
Perdana Menteri Edouard Ngirente dalam satu kenyataan mengucapk4n takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.
“Mereka yang cedera telah dibawa ke kemudahan perubatan dan sedang diraw4t. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan struktur yang dibina akan diperkukuh bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya. – Bernama