Bomba digigit beru4ng matahari st4bil

SUNGAI PETANI – [DIKEMAS KINI] Anggota bomba bantuan yang cedera digigit beruang matahari di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah, Yan, pada Khamis dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, keadaan Mohd Nizam Hamid, 27, bertambah baik selepas menjalani pembedahan pada Jumaat.

“Keadaan mangsa beransur baik selepas menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada salur darah tangan kiri yang cedera,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Mohd Nizam yang kini masih ditempatkan di wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, ditemani isterinya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Mohd Nizam cedera di tang4n kiri selepas digigit beruang matahari ketika cuba mengepung haiwan terbabit.

Beruang matahari betina seberat 90 kilogram itu berjaya ditangkap selepas ditembak ubat pelali pada jam lebih kurang 1.21 tengah hari dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), beruang matahari itu dipercayai tersesat dari habitat asal di Gunung Jerai kemungkinan dalam keada4n lapar atau terancam sehingga bertindak agresif.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments