Kerajaan Umum Pakej Perpaduan Jalur Leb4r Tetap 30Mbps Berharga RM69 Sebulan

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Digital kini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasmi dengan menyasarkan untuk golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas pada harga lebih rendah.

Menerusi pakej yang bakal ditawarkan penyedia perkhidmat4n mulai Mac 2023 kelak, pengguna akan ditawarkan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan.

 

Setiap pakej turut hadir dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini ditawarkan oleh TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TIME, YTL dan Astro. Pelan ini akan memberi penjimat4n 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun.

Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu menawarkan meringankan beban rakyat disamping memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh pada harga lebih rendah. Sama-sama kita nantik4n penawaran pelan perpaduan ini yang bakal tiba pada bulan Mac kelak.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments