Penempatan har5m di Nilai dibina atas tan4h persendirian

SEREMBAN – Penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu Jabatan Imigresen di Nilai Spring, Nilai di sini pada Rabu lalu dibina atas tanah milik persendirian.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Arus berkata, tanah terbabit dipercayai diceroboh dan pemiliknya kemungkinan tidak menyedari perkara itu.

“Siasatan lanjut mendapati tanah itu milik persendirian iaitu syarikat tempatan dan disebabkan lokasinya di dalam hutan, dia tidak tahu ia telah diceroboh.

“Jadi kita tidak boleh buat apa-apa kerana tanah yang diceroboh bukan tanah milik kerajaan,” katanya kepada media pada Jumaat.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali ketika dihubungi turut mengesahkan kawasan penempatan haram terbabit adalah milik syarikat persendirian.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan syarikat terbabit telahpun mengambil tindakan merobohkan struktur yang dibina di situ.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seramai 68 warga Indonesia telah diperiksa dalam serbuan di lokasi penempatan haram terbabit dan hasilnya seramai 67 orang berusia di ant4ra dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kan4k perempuan telah ditahan.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments