Polis Buru Lelaki Biad4b Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jal4n Raya

Jurucakap Polis Bandaraya Kuala Lumpur ketika dihubungi mengenai satu video tular di mana seorang lelaki mencampak botol wiski ke jalan raya, mengesahkan kejadian itu berlaku di daerah Dang Wangi, lapor New Straits Times.

 

“Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi.

“Polis KL akan menjalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” jawab jurucakap itu menerusi WhatsApp.

 

Jurucakap itu mengesahkan perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 268 (1) dan (2) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kacau ganggu awam dan mengikut Seksyen 290 yang boleh dihukum denda.

Dalam video berdurasi satu minit 43 saat yang menunjukk4n perbuatan tidak bertimbang rasa lelaki itu, telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @Syrupboy1. Bagaimanapun video asal telah pun diberikan amaran dan dibuang oleh aplikasi tersebut.

Pemilik akaun itu telah memuat naik video kedua meminta pihak PDRM mengambil tindakan tegas serta-merta sebagai pengajaran kepada netizen untuk menghormati orang lain, lebih-lebih buat pengguna jalan raya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments