Prestasi Cemerl4ng, Pemain PUBG Negara Terima Pingat Jasa Kebakti4n Negeri Sembilan

Boleh dikatakan arena e-sukan negara berada di tahap yang cemerlang lebih-lebih lagi untuk permainan PlayerUnknown Battleground. Baru-baru ini seorang pemain PUBG yang turut mewakili negara telah menerima Pingat Jasa Kebaktian.

Muhammad Izzudin “Jumper” Hashim bukan nama asing lagi di dal4m arena e-Sukan negara malah salah satu pemain PUBG terbaik di Malaysia.

 

Terbaharu, anak muda kelahiran Kuala Pilah itu dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar di Seri Meranti.

Pingat Jasa Kebaktian ini diberikan kepada sesiapa yang berbuat jasa cemerlang kepada negeri serta menunjukkan kebolehan luar biasa. Pencapaian beliau termasuklah pernah mewakili Malaysia dalam kategori individu dan pasukan untuk acara PUBG Mobile di Sukan SEA ke-31, Vietnam.

Beliau bersama pasukan 4Rivals turut mempamerkan prestasi yang cemerlang pada acara PUBG Mobile Global Championship 2022. Dalam pada itu, beliau sangat berterima kasih ke atas sokongan yang diberi oleh kerajaan Negeri dalam memartabatkan Sukan Elektronik di peringkat negeri dan negara.

Dengan ini, Jumper muncul sebagai individu kedua yang menerima Ping4t Jasa Kebaktian selepas Soloz. Pingat Jasa Kebaktian ini diberikan kepada Jumper kerana hasil us4ha dan kejayaannya dalam bidang e-sukan.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments