AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG) akan melancarkan program Jualan Rahm4h di semua cawangannya di seluruh negara dalam masa terdekat sebagai usaha menawark4n harga mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.
Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan jualan produk barangan dengan harga murah dan berpatutan untuk golongan B40 selain meny4mbut baik inisiatif berkenaan.
“Beberapa hari lepas kita melancarkan kempen ‘Setiap Hari Segar, Seti4p Hari Harga Rendah’ bagi membantu meringankan beban kos sara hidup semakin meningkat.
“Selepas ini kami akan memperkenalkan satu lagi program Jualan Rahmah. Ia bukan sahaja untuk menyahut cabaran menawarkan harga murah untuk barang keperluan asas tetapi melibatkan ‘food court’ dan ‘hypermarket’ AEON BiG.
“Insya-ALLAH, kita akan lancarkan program tersebut pada bul4n ini dan tarikh pelancaran itu akan diumumkan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas program AEON BiG Get Tu-gether Hi Tea di salah sebuah hotel di sini.
Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, orang ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada h4rga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah.
