Restoran makan4n segera disyor tawar Menu Rahm4h

SHAH ALAM – Syarikat-syarikat besar seperti restor4n makanan segera disyorkan mengambil bahagian dalam inisiatif menawarkan Menu Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan bermula Selasa lalu.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, pengusaha restoran bagaimanapun perlu memastikan hidang4n dalam menu itu berkualiti dan terjamin kebersihannya, bukan sekadar gimik politik.

“Mereka boleh perkenalkan menu khas atau guna menu sedia ada. Namun pemilik restor4n perlulah menyediakan makanan sihat dan berkualiti untuk disajikan kepada rakyat khususnya yang kurang berkemampuan.

“Inisiatif Menu Rahmah sesuai dilaksanakan oleh restoran makanan segera kerana ia juga boleh bertindak sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh kedai makan terlibat,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, dilaporkan lebih 15,000 restoran menawark4n Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan golongan berpendapatan rendah (B40) bermula 31 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Nur Asyikin berkata, pengusaha restoran dinasihatkan supaya mempunyai sifat empati dalam menyediakan makanan sihat dan berkualiti kepada rakyat yang kurang berkemampuan supaya kesihat4n mereka sentiasa terjaga.

“Perlu diingat, tahap kesihatan kita bermula daripada makanan yang sihat.

“Kita tidak mahu mereka dibebankan pula dengan kos rawat4n klinik atau hospital disebabkan mengambil makanan yang tidak sihat atau kurang bersih,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments