Tidak m4hu judi ekor ganggu keharmoni4n kejiranan

KOTA BHARU – Penduduk di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini tidak mahu kegiatan judi ekor berleluasa dan menjejaskan keharmonian kejiranan mereka.

Seorang pesara kerajaan berusia 66 tahun yang ditemui Sinar Harian berkata, penduduk pernah melihat urusan jual beli nombor judi yang ditulis pada kertas dilakukan oleh individu tidak dikenali dari kawasan lain di kawasan kampung mereka.

“Mereka ini guna pelbagai cara sama ada datang bersendirian menggunak4n motosikal untuk menjual nombor kepada pelanggan serendah RM2, puluhan ringgit sehingga RM 100.

“Ada juga yang berniaga kedai makan atau kedai telekomunikasi tetapi p4da masa sama menjadi ejen menjual nombor ekor,” katanya di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, tular aduan yang dimuat naik di Twitter rasmi Badan Pemantauan Jenayah (MyWatch) daripada seorang individu mendakwa kegiatan judi berlaku di sebuah kawasan kejiranan di Pengkalan Chepa yang berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi.

Penduduk warga emas tersebut memberitahu lagi, kebanyak4n penduduk tidak berani untuk mencampuri urusan pihak tidak bermoral terbabit kerana bimbang mengancam keselamatan diri dan keluarga.

“Kami menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak tegas sup4ya keharmonian kampung tidak terjejas.

“Kampung ini ada beberapa surau dan masjid, tidak wajar jika ben4r-benar ada kegiatan judi yang berlaku,” katanya.

Seorang peminat tegar judi nombor ekor haram yang mahu diken4li sebag4i Lah, 46, berkata, sudah beralih ke permainan judi dalam talian seiring dengan ledakan teknologi yang lebih ‘selamat’ daripada dicekup polis atau pihak berkuasa agama bagi orang Islam.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments