Warga emas jaw4b peperiksaan selep4s 37 tahun

KUALA NERUS – Ketika kebanyakan rakan seusianya menghabisk4n masa bermain dengan cucu, dua pelajar warga emas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masih bergelum4ng dengan pen dan kertas bagi menjawab peperiksaan akhir semester di universiti itu yang bermula pada Jumaat.

M Krishnan, 77 dan R Ramesh, 56 mengambil peperiksa4n bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang selepas mendaftar di universiti itu pada Oktober tahun lalu.

Menurut Ramesh, walaupun berasa sedikit tekanan kerana sudah l4ma tidak menduduki peperiksaan, namun dia tetap tenang dan boleh menjawab dengan baik.

“Kali terakhir saya duduki peperiksaan adalah 37 tahun lalu iaitu pada 1986 untuk peperiks4an Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan hari ini (Jumaat) saya kembali ke dewan untuk peperiksaan pertama saya untuk Ijazah pula,” katanya.

 

R Ramesh tenang menjawab peperiksaan bagi subjek Pengantar Teknologi Maklumat di Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak pada Jumaat.
R Ramesh tenang menjawab peperiksaan bagi subjek Pengantar Teknologi Maklumat di Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak pada Jumaat.

 

Bapa kepada tiga anak itu berkata, perjalanan pengajian semester pertama memuaskan, malah dia mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pensyarah dan rakan sekelas.

“Dah lama saya tak belajar, pada mulanya memang ada masalah untuk menyesuaik4n namun pensyarah dan rakan sekelas banyak memberi sokongan dan kerjasama,” ujarnya.

Sementara itu, Krishnan pula berkata, dia agak sukar untuk membahagikan masa kerana perlu memberi tumpuan kepada pekerjaan dan keluarga.

 

 

Bagaimanapun katanya, dia tetap berusaha demi mencapai kejay4an dan memenuhi impian menjadi seorang peguam.

“Saya perlu membahagikan masa dengan baik untuk keluarga, kerja dan kelas dan untuk peperiksaan akhir ini.

“Saya berazam saya untuk buat yang terbaik bagi mencapai impian lulus dengan cemerlang,” katanya yang dijangka tamat pengajian selepas empat tahun.

Ramesh dan Krishnan ditemui selepas selesai menduduki peperiksa4n bagi subjek Pengantar Teknologi Maklumat di Dewan Gemilang, Kampus Gong Badak di sini pada Jumaat.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments