Tuntutan Sulu: Ad4 individu main peran4n dalam tragedi Tanduo

KOTA KINABALU – Ada kalangan individu y4ng terlibat dalam pertikaian dan tuntutan Sulu didakwa memainkan peranan dalam peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 10 tahun lepas, dedah Datu Omar Ali Datu Bachtiyal, yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sah.

Datu Omar Ali, 64, mendakwa sebelum berlakunya tragedi Tanduo, beliau telah didatangi Esmail Kiram II, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, sekitar 2008 dan 2009 untuk mengajaknya berju4ng menuntut Sabah daripada Malaysia, namun menolak sekeras-kerasnya rancangan tersebut.

Tanpa menamakan siapa antara sekumpulan penuntut pertikaian Sulu itu yang bersama Esmail yang meninggal dunia pada 2015 dalam merancang penceroboh4n itu, beliau mengakui terkejut setelah mengetahui rancangan itu diteruskan beberapa tahun kemudian.

“Kita tahu kemudian daripada surat khabar (rancangan itu diteruskan). Saya sendiri pernah diajak untuk sertai (pencerobohan) Tanduo tetapi menolak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tragedi itu berlaku pada Februari 2013 apabila sekumpulan 100 pengganas Sulu dari Selatan Filipina, mendarat di pantai Kampung Tanduo sehingga mencetuskan pertempuran berdarah.

Seramai 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan terkorban, manakala sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu berjaya ditembak mati dalam insiden itu.

Setelah tragedi hitam itu berakhir, Tanduo dijadikan Kem Tentera pada 15 Mac 2013 di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan pengwujudan kem tentera adalah usaha kerajaan memantau anasir jahat, khususnya memastikan insiden Tanduo tidak berulang.

Datu Omar Ali mendakwa dirinya adalah waris daripada salasilah Dayang Dayang Piandao, seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936.

Dayang Dayang Piandao yang berkahwin dengan Datu Ombra Amilbangsa menaiki takhta dan menjadi Sultanah pada 1937 sehingga mangkat pada 1945.

 

Dalam pada itu, anak bongsu Datu Omar Ali, Datuk Datu Mohd Fadli Fathullah, 36, mendakw4 beliau sendiri pernah berhubung dengan Esmail untuk meminta rancang4n menceroboh Sabah itu dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Dia cakap dengan saya, kau jangan masuk campur, kalau kau mahu ikut, ikut, kalau tidak mahu ikut, jangan masuk campur.

“Dia cakap begitu, selepas itu dia matikan telefon dan itu kali terakhir saya berhubung dengan dia, saya tidak mahu ini (tragedi Tanduo) berlaku tetapi itulah berlaku juga,” katanya yang mendakwa perbualan itu berlaku pada 2009.

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada 28 Februari 2022, penimbang tara Dr Gonzalo Stamp4 dilapor telah memberikan ‘final award’ kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion.

Bagaimanapun Mahkamah Perancis telah menangguhkan penguatkuasaan ‘final award’ yang diberikan Stampa sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung segala tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments