Berkhat4n cara Islam selam4t – Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Berkhatan cara Islam tidak boleh dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak kaum wanita kerana ia terbukti selamat dan telah dipraktikkan oleh masyarakat Islam di pelbagai negara sejak dahulu lagi sehingga kini.

 

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dakwaan bahawa berkhatan cara Islam akan memberi risiko kesihatan segera juga tidak benar.

Menurutnya, mengikut ajaran Islam, berkhatan termasuk dalam salah satu daripada lima sunat fitrah yang selari dengan keadaan hal semula jadi manusia yang suci.

Kata beliau, antara sunat itu adalah mencukur bulu ari-ari, menggunting mis4i, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan khatan.

“Majoriti fuqhak berpandangan bahawa hukum berkhatan adalah wajib ke atas lelaki dan sunat bagi wanita. Memang tidak ditemui nas daripada al-Quran atau hadis yang memerintahk4n khatan ke atas wanita dewasa atau kanak-kanak.

“Bagaimanapun, terdapat sebuah hadis riwayat Thabarani dan Baihaqi yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menunjuk ajar Ummu ‘Athiyyah yang bertugas mengkhatan kanak-kanak perempuan di Madinah tentang cara melakukan khatan yang betul iaitu dengan mengambil sedikit sahaja daging klitoris dan bukannya dalam kuantiti yang banyak.

“Yang dibuang hanyalah sebesar kepala mancis. Perkara ini sebenarnya bukan satu isu, tetapi ia sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wan Salim berkata, berkhatan perlu dilakukan dengan cerm4t dan oleh mereka yang mahir supaya tidak memudaratkan orang yang dikhatankan.

“Khatan yang memudaratkan dikenali sebagai khatan Firaun iaitu membuang daging klitoris deng4n kuantiti yang banyak atau sebahagian besar daripadanya. Berkhatan sedemikian tidak diakur oleh syariat Islam. Dikatakan bahawa khatan yang sedikit seperti yang disarankan di dalam Islam, mampu mensederhanakan syahwat wanita dan menjadikannya tidak terlalu mudah terangsang.

“Apa yang ditakuti oleh kalangan tertentu yang mengangg4p berkhatan memudaratkan wanita, sebenarnya bukan khatan seperti yang disarankan dalam Islam, sebaliknya khatan cara Firaun yang kemungkinan masih dipraktik di beberapa negara tertentu terutamanya di Afrika. Ia tidak dipraktikkan di Malaysia, janganlah kita generalisasikan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS) menggesa kerajaan mengarahkan semakan ke atas fatwa pada 2009 mengenai berkhatan bagi perempuan.

Kata SIS, negara Islam lain termasuk Mesir dan Indonesia sudah mengeluark4n fatwa mengatakan mutilasi alat kelamin perempuan memudaratkan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Tambah SIS lagi, tiada dapatan kukuh dan sahih al-Quran atau sunnah bagi amalan sedemikian selain mengakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jawatanku4sa Muzakarah menjadi cabaran utama dalam usaha menghapuskan amalan itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments