Jawi syor masjid, sur4u doakan keselamat4n Turkiye, Syria

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat susulan gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat untuk keselamatan mangsa dan keluarga merek4 serta mengadak4n solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.

Menurutnya, solat hajat berserta solat jenazah ghaib itu telah dimulakan pada Selasa selepas solat Isyak.

“Program tersebut boleh diteruskan waktu yang sesuai pada malam berikutnya (Selasa) bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban.

“Kami merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga serta mendoak4n kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat yang dilaksanakan oleh pasukan berkaitan,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan gempa bumi kuat melanda wilayah selatan Turkiye, Kahramanmaras.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumk4n gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempat4n itu berpusat di daerah Pazarcik.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye itu telah mer4gut 912 nyawa, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments