Lima media 4rus perd4na bergabung

SHAH ALAM – Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, kaji selidik sec4ra dalam talian itu akan digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban.

Menurutnya, kaji selidik itu juga dilaksanak4n dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.

“Kita amat berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat terlibat sama untuk menjaw4b soalan-soalan penting dalam kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan ini.

“Ia menjadi salah satu kad laporan Kerajaan Perpaduan yang dikumpul bersama dengan analisis serta penilaian pelbagai tokoh, penganalisis dan pemerhati politik tanah air,” katanya pada Isnin.Orang ramai boleh menyertai kaji selidik melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/1pFIQPoUjyhh0S7g5lkkCy0pHuUwQpJow2Y_Sd_qlhcY.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November tahun lalu setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Untuk rekod, kaji selidik mega pernah digerakkan lima media perdana neg4ra bersama firma penyelidikan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan membawa mesej jelas iaitu mengumpulkan hasrat dan suara rakyat Malaysia.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments