GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan pelantik4n ahli keluarga untuk sebar4ng jawatan dalam kerajaan negeri sejak tahun 2008.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui Pulau Pinang, semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan memberi jawatan kepada kalang4n ahli keluarga mereka.
“Sejak dahulu lagi, Exco Kerajaan Pulau Pinang tidak dibenark4n untuk melantik mana-mana ahli keluarga mereka dalam kerajaan.
“Pada pandangan peribadi saya, jika ada keadaan yang menimbulkan apa-apa konflik kepentingan, ia perlu dielakkan pelantikan sedemikian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Meneng4h Persendirian Cina 2023 di Komtar pada Selasa.
Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar mengenai tiada pembayaran gaji atau ganjaran diberikan jika anggota kabinet melantik ahli keluarga sebagai penasih4t atau pegawai, Kon Yeow berkata, perkara itu perlu dijelaskan lebih lanjut oleh Anwar sendiri.
“Awak (pemberita) boleh tanya PM (tentang perkara itu) untuk jelaskan selanjutnya,” katanya.
Kon Yeow berkata demikian ketika diminta untuk mengul4s mengenai kenyataan Anwar bahawa semua anggota kabinet dilarang memberi gaji atau ganjaran daripada peruntuk4n kerajaan kepada ahli keluarga, jika mahu melantik mereka sebagai penasihat atau pegawai masing-masing.
Anwar juga menegaskan akan memastikan tiada sebar4ng pemberi4n kontrak bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mana-mana anggota pentadbirannya sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan.