Gempa bumi Turkiye, Syria: Angk4 korban cec4h 8,000 orang

ANKARA – Angka korban terbaharu akibat gempa bumi dahsyat di tengg4ra Turkiye dan sempadan Syria pada Isnin lalu sudah melepasi 7,800 orang.

Reuters melaporkan sebanyak 5,894 kemati4n direkodkan di Turkiye, manakala di Syria lebih 1,900 kematian dilaporkan.

Angka kematian dijangka terus bertambah selepas bany4k lagi mayat ditarik keluar dari sisa runtuhan bangunan.

Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amar4n bahawa jumlah kematian di kedua-dua negara itu boleh melepasi 20,000.

Ketika ini pasukan penyelamat turut berdepan kesukaran dan bergelut deng4n cuaca sejuk dalam usaha menyelamatkan nyawa mangsa yang masih terperangkap.

Semalam, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bagi 10 wilayah yang terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Agensi pengurusan bencana Turkiye berkata, ia mempunyai 11,342 lapor4n bangunan runtuh, di mana 5,775 disahkan ranap.

Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye pula berkata dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya 3,400 orang berteduh di dalam kereta api yang digunakan sebagai penginapan kecemasan.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments