Kerajaan bakal laksan4 sistem kutip4n tol tanpa henti

SHAH ALAM – Kerajaan bakal melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti sebag4i alternatif baharu bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di negara ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, teknologi tersebut bakal direalisasikan di dalam sistem lebuh raya negara.

“Teknologi ini mampu menyelesaikan masalah kesesak4n lalu lintas di plaza tol yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya contohnya di Tol Gombak dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) (sesak akibat plaza tol).

“Terima kasih pihak lebuh raya atas taklimat hari ini,” ciapnya dal4m satu hantaran di Twitternya pada Selasa.

Abdul Rahman (tengah) semasa mengadakan taklimat bersama LLM. - Foto Twitter Abdul Rahman
Abdul Rahman (tengah) semasa mengadakan taklimat bersama LLM. – Foto Twitter Abdul Rahman

 

Tambah Abdul Rahman, pengenalan sistem baharu itu diyakini tidak akan melibatkan penambahan kos kepada pengguna mahupun kenaikan kadar tol pada mana-mana lebuh raya.

“Pihak KKR (Kementerian Kerja Raya) melalui LLM (Lembaga Lebuhr4ya Malaysia) juga telah membuat analisa penuh mengenai kaedah terbaik perlaksanaan ini,” ujarnya.

Tambah beliau, KKR akan sentiasa mencari kaedah yang terbaik bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments