Kedai mak4n yang ‘indah khabar darip4da rupa’

KADANG-kadang Merak Jalanan hairan dengan sikap seseteng4h pengusaha restoran atau kedai makan.

Betullah memang tak salah nak menggunakan tagline seperti ‘terlajak sedap’, ‘padu’, ‘power gila’, ‘harga mesra rakyat’ atau macam-macam lagilah sebagai justifikasi menu atau servis disediakan di premis mereka.

Sudah namanya berniaga, ayat pun mestilah menarik men4rik perhatian pelanggan. Itu Merak Jalanan faham.

Cuma Merak Jalanan geram ‘tersinggah’ ke restoran yang over claimed apabila makanan yang dihidangkan hanya indah khabar daripada rupa.

Jika melihat kepada reka bentuk dalaman premis, memang sejuklah mata memandang. Belum lagi cerita barisan menu dan gambar makanan yang terletak elok semuanya.

Deretan nama menu pun tak kurang hebat, berbelit lidah hendak menyebutnya. Lihat kepada harga pula, kita boleh fikir sendiri dengan dekorasi sesuai untuk healing yang disediakan, selain lokasinya di kawasan bandar.

Sebulan sekali kata orang, naklah juga kita merasa makan di tempat istimewa bersama insan tersayang selepas berpenat lelah dengan urusan seharian.

Yang membuatkan Merak Jalanan naik angin kerana sudahl4h menunggu dengan perut lapar, makanan yang sampai pula tidak seperti yang ‘diimpikan’.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments