Peluang wakaf pembin4an Masjid Tahfiz Lemb4h Pergau

JELI – Peluang wakaf masih terbuka bagi mengumpul dana sebanyak RM3 juta yang diperlukan untuk pembin4an fasa satu Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, di sini termasuk masjid.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pihak pengurusan kompleks mengajak orang ramai berwakaf dengan nilaian RM100 untuk satu lot.

“Pembinaan kompleks ini bertujuan melahirkan lebih ram4i generasi tahfiz dan pencinta al-Quran.

“Kita akan menggunakan dana itu untuk pembinaan kelas dan asrama, selain masjid di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seluas 2.4 hektar,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Kameruzaman memberitahu, pembinaan kompleks berkenaan ak4n dilaksanakan secara berfasa mengikut jumlah kewangan semasa.

Orang ramai yang ingin berwakaf boleh berbuat demikian menerusi tabung Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di akaun Maybank 5530 5641 4773 atau hubungi 014-530 5331.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments