SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesahkan tiada sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah didapati pihaknya berhubung dakwaan penyeleweng4n wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, pihaknya telah membuk4 kertas siasatan berhubung dakwa4n tersebut pada 2019.
Menurutnya, siasatan terhadap isu itu juga telah selesai dijalankan pada tahun sam4 dan berharap mana-mana pihak menghentikan sebarang spekulasi serta menyebark4n berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini.
“SPRM Negeri Sembilan komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini.
“Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan sekir4nya terdapat maklumat baharu yang diterima,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakw4an berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.