Wanita sarat mengandung diselamatk4n selepas 40 jam terperangk4p

KAHRAMANMARAS – Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan dari baw4h runtuhan bangunan kira-kira 40 jam selepas dua gempa bumi kuat meland4 Turkiye.

Nehir Ilkova yang hamil sembilan bulan diselamatkan di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu.

Wanita itu kemudian segera dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat yang tiba dari perbandaran Umraniye di Istanbul.

Gempa bumi berpusat di Kahramanmaras itu turut menjejaskan 10 wilayah lain dan negara jiran Syria serta gegarannya dapat dirasai sehingga ke Lubnan dan Cyprus.

Sebelum ini dalam kejadian gempa di Syria, ahli keluarga mengeluark4n bayi perempuan masih bertali pusat dan melekat dengan ibunya yang sudah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Aleppo.

Menurut Khalil al-Suwadi, bayi itu adalah satu-satunya keluarga terdekatnya yang terselamat sementara yang lain terbunuh dalam kejadian gempa bumi di bandar Jindires yang dikuasai pemberontak. – Agensi

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments