Kelindan m4ut tercamp4k sebelum digilis lori

TAPAH – Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya melangg4r belakang sebuah treler di Kilometer 350.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, mangsa, S Umabathi, 41, beralamat di Ayer Tawar, Manjung, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 49 tahun pula cedera di bahagian bahu, tangan serta kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori muatan ikan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan terbabit dipercay4i hilang kawalan dan melanggar belakang treler muatan besi di hadapannya,” katanya di sini.

Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar menerusi cermin hadapan sebelum digilis lori.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments