Krisis Rohingya: Anw4r gesa ASEAN laksana usah4 koheren

BANGKOK – ASEAN harus mengambil usaha yang koheren dan bersep4du sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis Rohingya di Myanmar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, beliau telah berbinc4ng mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka pada Khamis.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri (Prayuth), walaupun Thailand mempunyai isu mereka sendiri berhubung sempadan. Kita menghadapi masalah yang sama.

“Ada 200,000 pelarian (di Malaysia) dan amat sedikit yang boleh kami lakuka4n, kecuali meneruskan apa yang dipanggil penglibatan konstruktif dengan junta Myanmar.

“Malaysia mempunyai bilangan pelarian Burma paling ramai. Bagaimanapun, apa yang dapat kami lakukan amat terhad, kerana kami adalah sebuah negara kecil. Ada kebimbangan mengenai isu kemanusiaan, tetapi (kami) mencadangkan agar ASEAN mengambil usaha yang koheren dan bersepadu bersam4-sama sebagai sebuah badan serantau,” katanya pada persidangan media bersama pada Khamis.

Anwar berkata, Prayuth berada di kedudukan yang lebih baik bagi menyuarakan kebimbangan rantau ini mengenai Myanmar.

Menurutnya, beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya di Brunei dan Singapura semasa lawatan rasminya ke negara berkenaan.

“Bagaimanapun saya boleh dianggap ‘junior’ dalam perkara ini, dan pemimpin (kanan) perlu menyelesaikan isu ini dengan lebih efektif, sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pelarian. Jika kita tidak dapat menyelesaikannya, kita juga yang terpaksa menanggung bebannya,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments