Lebih 100 baz4r Ramadan bak4l sediakan Menu Rahmah

GEORGETOWN – Lebih 100 bazar Ramadan di Pulau Pinang melibatk4n ratusan peniaga bakal menyediakan Menu Rahmah dalam membantu golongan kurang berkemampu4n menikmati juadah berbuka pada bulan puasa ini.

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, pelaksanaan menu tersebut selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam membantu golongan sasaran.

 

Menurutnya, setakat ini, kerajaan negeri mendapat maklum bal4s positif daripada peniaga berhubung usaha tersebut namun belum mempunyai jumlah sebenar kiosk yang akan melaksanakan menu tersebut.

“Kerajaan Pulau Pinang memang menggalakkan peniaga mengadakan Menu Rahmah bagi membantu pembeli yang berpendapatan rendah. Oleh demikian, kita akan melancarkan Penang Souq Ramadan 2023 yang mana, Menu Rahmah ini juga terkandung di dalamnya.

“Difahamkan, lebih 100 bazar Ramadan di seluruh Pulau Pinang ak4n menyediakan Menu Rahmah sepanjang bulan puasa ini. Ia merupakan satu usaha yang baik oleh peniaga dalam membantu golongan sasar untuk mendapatkan makanan pilihan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancark4n Laporan ‘Industry 4.0 Technology Adoption in Malaysia Manufacturing: Strategies for Enhancing Competitiveness di Hotel Wembley St Giles di sini pada Jumaat.

 

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sar4 Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, orang ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments