MH17: Siasatan dihentik4n, apa nasib w4ris?

MEDIA antarabangsa melaporkan bahawa penyiasatan terhadap kes tembak4n pesawat Malaysia, MH17 yang meragut 298 nyawa ditamatkan prosidingnya.

Kapal terbang yang ditembak di Wilayah Donbas, Ukraine pada Julai 2014 lalu itu telah dihentikan siasatan kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mend4kwa mana-mana suspek selanjutnya.

Menurut laporan, Boeing 777-200ER (9M-MRD) itu ditemb4k semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol (AMS) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

Pada November lalu, Sinar Harian melaporkan, mahkamah Belanda mendapati tiga lelaki, iaitu dua warga Russia dan seorang warga Ukraine, bersalah atas tuduhan membunuh dalam kes berkenaan.

Mahkamah membuat kesimpulan bahawa peluru berpandu itu dilepaskan dengan sengaja untuk menjatuhkan pesawat walaupun sasaran sebenar adalah milik tentera dan bukannya orang awam.

Ketiga-tiga lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, namun kesemua mereka dilapor berada di Russia.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments