Tak sempat rai hari jadi bapa, pelaj4r maut kemalang4n

ALOR GAJAH – Seorang pelajar sekolah menengah di sini tidak semp4t meraikan hari jadi bapanya selepas maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pegoh Dalam, pada malam Khamis.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu mengakibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Talib Karim, Muhammad Azrief Karim, 16, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berk4ta, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Kampung Pegoh Dalam menghala ke Pegoh.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu seorang warga emas berusia 61 tahun dari arah bertentangan secara tiba-tiba membelok ke kanan memasuki simpang lorong ke rumahnya.

“Mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi pintu penumpang hadapan kereta terbabit. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Ujar beliau, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk mengundang rak4n-rakan makan di rumahnya sempena meraikan hari jadi bapanya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ1987,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments