PUTRAJAYA – Sebanyak 830 buah sekolah di seluruh negar4 dikenalpasti mempunyai blok bangun4n daif yang memerlukan penggantian atau pembangunan semula.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, bangunan daif itu dikesan melalui analisis skor gred impak.
“Berdasarkan kepada skor tersebut, KPM memberikan keutamaan untuk melaksanakan projek penggantian kepada blok bangunan di sekolah yang berada pada skala enam dan tujuh iaitu 830 buah sekolah setakat 31 Januari 2023,” kata kementerian itu pada Isnin.
KPM berkata, bilangan bangunan daif itu adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal.
“Projek yang diangkat untuk kelulusan pelaksanaan terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.