KUALA LUMPUR – Cukai jalan tidak boleh dimansuhkan kerana ia merupak4n salah satu sumber pendapatan utama negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengutip lebih RM4 bilion setiap tahun dan sebahagian besar daripad4nya melibatkan kutipan cukai jalan.
“Cukai jalan adalah salah satu hasil pada kerajaan. Sekiranya semua dikecualikan mak4 kerajaan tiada hasil dan macam mana kita nak tadbir negara.
“Kena faham bahawa mana-mana negara, kerajaan perlu ad4 kutipan hasil terutama cukai.
“JPJ kutip lebih RM4 bilion setiap tahun dan cukai jalan sebahagian besar daripadanya,” katanya seperti dipetik laporan portal berita tempatan pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengul4s gesaan netizen supaya kerajaan memansuhkan cukai jalan.
Bermula Jumaat, orang awam tidak perlu lagi memaparkan lesen kendera4n motor (LKM atau ‘roadtax’) pada kenderaan sebaliknya menggunakan mod paparan digital.
Anthony dilaporkan berkata, inisiatif itu bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.