Pencemaran bau: Bekal4n air pulih sepenuhnya Sel4sa ini

KUALA LUMPUR – Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas susulan henti tug4s sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) disebabkan insiden pencemar4n bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang, pulih 75 peratus setakat jam 6 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas iaitu di Petaling adal4h 62 peratus, Gombak (99 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Klang (42 peratus), Shah Alam (30 peratus), Kuala Langat (kosong peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).

“Tempoh pemulihan bekalan air di kawas4n terjejas itu bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 6 pagi, Selasa (14 Februari) ini. Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas dengan melayari laman sesaw4ng https://hentitugas.airselangor.com/ selain menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Elina berkata, Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang telah dan akan mendapat bekal4n air agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung ganggu4n air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments